Projek ini menyokong matlamat Kerajaan untuk
meningkatkan kualiti kehidupan bagi golongan miskin dan miskin tegar.
Berdasarkan slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, Kerajaan
sentiasa perihatin dengan masalah golongan ini yang perlu diberi perhatian.
Sebagai satu langkah menyahut saranan kerajaan, Yayasan 1MDB yang dinaungi oleh
YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Haji Najib Tun Abdul Razak telah
mengambil inisiatif melalui program sosial korporatnya, memperuntukkan sejumlah RM500,000 bagi setiap
kawasan Parlimen bagi melaksanakan projek baik pulih rumah bertujuan untuk
memperbaiki kemiskinan di kawasan luar bandar di Malaysia. Adalah menjadi
harapan kerajaan agar taraf kehidupan rakyat dan kualiti hidup masyarakat yang
kurang bernasib baik ini boleh diperbaiki dengan menyediakan persekitaran hidup
yang selesa dan selamat. Parlimen Batang Lupar turut tidak ketinggalan
diberikan peluang melaksanakan aktiviti baikpulih ini melibatkan 102 buah rumah
keseluruhannya. Projek yang berjalan tahun 2012 ini telah siap sepenuhnya
dengan mengambil masa hanya 4 bulan.
Gambar Atap Sebelum Gambar Atap Selepas
Antara Rumah Peserta Yang Telah Dibaikpulih
No comments:
Post a Comment