Program Nadi Kasih (Yayasan 1MDB)


Projek ini menyokong matlamat Kerajaan untuk meningkatkan kualiti kehidupan bagi golongan miskin dan miskin tegar. Berdasarkan slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, Kerajaan sentiasa perihatin dengan masalah golongan ini yang perlu diberi perhatian. Sebagai satu langkah menyahut saranan kerajaan, Yayasan 1MDB yang dinaungi oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Haji Najib Tun Abdul Razak telah mengambil inisiatif melalui program sosial korporatnya,  memperuntukkan sejumlah RM500,000 bagi setiap kawasan Parlimen bagi melaksanakan projek baik pulih rumah bertujuan untuk memperbaiki kemiskinan di kawasan luar bandar di Malaysia. Adalah menjadi harapan kerajaan agar taraf kehidupan rakyat dan kualiti hidup masyarakat yang kurang bernasib baik ini boleh diperbaiki dengan menyediakan persekitaran hidup yang selesa dan selamat. Parlimen Batang Lupar turut tidak ketinggalan diberikan peluang melaksanakan aktiviti baikpulih ini melibatkan 102 buah rumah keseluruhannya. Projek yang berjalan tahun 2012 ini telah siap sepenuhnya dengan mengambil masa hanya 4 bulan.
                                   Gambar Atap Sebelum       Gambar Atap Selepas


   Antara Rumah Peserta Yang Telah Dibaikpulih











No comments:

Post a Comment