Desalination Plant di Batang Maro dan Beladin




Projek Desalination Plant yang menggunakan teknologi nano ini merupakan salah satu daripada Inisiatif Yayasan 1MDB yang telah dilaksanakan bagi pembangunan serta kemajuan di kawasan Parlimen Batang Lupar Sarawak. Projek ini merupakan projek pembekalan air bersih bagi manfaat penduduk kampung  yang mengalami kesukaran mendapatkan bekalan air bagi urusan harian mereka. Parlimen Batang Lupar Sarawak merupakan penerima kedua projek ini selepas Pulau Bruit P206 Tanjung Manis, dan merupakan Parlimen yang pertama yang mendapat dua buah tangki water Desalination Plant. Kedua – dua buah tangki ini ditempatkan di Kampung Beladin serta Kampung Batang Maro.

Kaedah perlaksanaan dikedua-dua tempat ini menggunakan teknologi penapisan terkini dengan menyedut air daripada sumber asas seperti Sungai. Air ini kemudian akan dibersihkan untuk mengasingkan sisa – sisa kotoran yang terlekat menggunakan peralatan tercanggih yang ditempatkan di loji berhampiran. Sebelum air ini digunakan oleh penduduk kampung, proses untuk mendapatkan kandungan plumbum di dalam air turut diuji kaji di makmal agar kesihatan dan keselamatan penduduk akan kekal terjamin. Apabila air tersebut benar-benar telah dipastikan kesesuaiannya, maka air tersebut akan diproses dan kemudian penduduk boleh mengambil bekalan air tersebut melalui saluran paip yang disediakan.    








No comments:

Post a Comment